<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8312438643928099800?origin\x3dhttp://arinaaahgelak-ketawa.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Selamat Datang (:

Saya Arinah :D saya gemar menari dan berlakon .
ytss , 13 (:
Sayangilah budaya melayu kerana budaya adalah identiti kita .
" saya sedang mengemaskini blog ini . sabar ya (: "



Wednesday, July 28, 2010 5:59 AM
0 comments

Dari dapatan tinjauan yang kami lakukan , Cikgu Zahara telah membuat gambar raja ( gambar di atas ) .
Budaya itu penting . Tanpa budaya , kita orang melayu tiada apa-apa . Budaya adalah identiti kita . Budaya harus dikekalkan . Generasi masa hadapan patut tawu mengenai budaya mereka dan sebab itulah budaya melayu harus dikekalkn . Kita boleh buktikan yang melayu boleh maju dan melayu tidak layu :D


Thursday, July 15, 2010 7:36 PM
0 comments

Semasa waktu kelas melayu , Cikgu Zahara mengajar seluruh kelas permainan tradisonal melayu . Ada berbagai-bagai permainan tradisonal . Contohnya , batu seremban , gasing , capteh dan takraw .

Ia amat menyeronokkan ^^ Kalau saya diberi peluang untuk bermain permainan tradisional lagi , tentu saya akan mengambil bahagian .

Selain daripada gasing , permainan tradisional adalah seperti batu seremban , sepak takraw dan capteh .

Anda tahu bagaimana gasing dimainkan ? Sebelum ini , saya tidak pernah bermain gasing dan saya tidak tahu bagaimana gasing dimainkan juga . Saya berasa malu kerana saya tidak tahu bagaimana bermain permainan tradisional budaya saya sendiri . Saya pun terus ingin mempelajari mengenai permainan gasing ini . Yerlah , kalau orang yang bukan orang melayu bertanya kepada saya bagaimana gasing dimainkan atau apa itu gasing . Apa yang hendak saya jawab ya kalau saya tidak tahu apa-apa pun mengenai gasing atau tidak pernah bermain nya ? Malu kan ? haha .

GASING .
Gasing ada dua unsur iaitu top dan tali . Tali itu akan memperketat di sekitar bahagian top itu . Maka gasing itu akan dilempar , bersama-sama dengan melepaskan tali supaya berputar dan bergerak .

BATU SEREMBAN .
Batu seremban ini popular dalam kalangan kanak-kanak perempuan . Ia boleh dimainkan individu atau bersama kawan-kawan . Saya masih ingat pengalaman pertama saya bermain batu seremban . Pada waktu itu , saya berumur tujuh tahun . Batu seremban ini dijual di kedai buku sekolah rendah saya . Apabila saya melihat rakan sedarjah saya bermain batu seremban , saya pun hendak bermain laa :D seronok jugak taww ! ^^ walaupun ia permainan tradisional , ia amat seronak (: Batu seremban sering dimain pada waktu lapang .

SEPAK TAKRAW .
Sepak takraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu . Sepak takraw dimainkan di gelanggang sama seperti gelanggang badminton . Pada asalnya , ia diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik .

CAPTEH .
Capteh digelar tintng bulu ayam . Cara bermain capteh ialah dengan menendangnya seberapa banyak kali yang boleh tampa menjatuhkannya . Pemenangnya ialah siapa yang boleh menendang yang paling banyak kali . Capteh juga boleh dimainkan dengan menggunakan dada , kepala atau lutut asalkan tidak menggunakan tangan .

Permainan Tradisional yang paling saya gemari ialah batu seremban kerana ia sungguh menagihkan . Memang seronok ! :D Dalam pendapat saya , semua permainan ini seronok dan memerlukan banyak latih . Contoh , anda perlu berlatih menendag capteh seberapa banyak kali yang mungkin supaya anda menang . betul kan ? :D

Saya telah cuba bermain permainan tradisonal . anda puka bagaimana ? jika belum , cuba lah . saya pasti anda akan suka :D


Silat .
7:14 PM
0 comments

Semasa meninjau remaja-remaja mengenai budaya melayu kita , ramai yang mengatakan yang mereka minat dengan silat . Hmm , mari kita mempelajari seberapa boleh mengenai silat ^^ Yokk ! :D

Silat adalah suata seni mempertahankan diri bagi orang melayu . Silat berasal dari Indonesia , Malaysia dan Nusantara Melayu .

Contoh senjata-senjata lama yang digunakan oleh pesilat terdiri daripada keris , padang , parang , kerambit , tongkat dan banyak lagi .



Video diatas ini diambil dari youtube . Pertanding silat dunia 2007 .
Video yang dibawah pula adalah video teknik pencak silat kerambi .



Ada lebih dari seribu gaya dan aliran Pencak Silat . Setiap gaya silat adalah unik dan berdiri dengan sendiri . Untuk berasumsi bahawa mereka semua sama adalah terlalu menyederhanakan . Latihan silat meliputi budaya , spiritual , dan aspek mental serta jatuh , memukul , menendang , menyekat dan gerakan kelincahan . Banyak gerakan yang dinyatakan dengan nama .


rujukan dari : youtube , wikipedia dan http://www.pencaksilat.com.sg

Dalam pendapat saya , silat adalah sesuatu yang menarik sangat . Kekuatan-kekuatan pesilat amat manggerunkan . Apabila menonton mereka bersilat , saya berasa iri hati . Syiok kan ? :D


Tarian Melayu .
Wednesday, July 14, 2010 7:33 PM
0 comments

Ada berbagai-bagai tarian melayu seperti tarian asli , inang , joget ( ronggeng ) , masri dan zapin .

TARIAN ASLI .
Tarian Asli dicipta berasaskan lagu-lagu asli melayu . Taian Asli wujud dari rentak dan irama lagu dondang sayang tetapi ia tidak diiringi dengan adegan berbalas pantun . Tarian ini mucul daripada lagu-lagu seperti lagu Makan Sireh , Gunung Banang , Asli selendang dan banyak lagi .

tarian asli .




TARIAN INANG .
Tarian inang sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial . Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana , biola dan gendang . Semasa menari , para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni .

tarian inang .





TARIAN JOGET ( RONGGENG ) .
Tarian Joget dipercayai berasal daripada tarian kaum Portugis . Joget juga dikenali sebagai ronggeng asal daripada perkataan " wrong geng " kerana ditarikan secara berpasangan lelaki dan wanita . Apabila menari tarian ini , gerak-geri kaki lebih penting berbanding dengan gerak-geri tangan . Walaubagaimanapun , gerakan dalam tarian ini mudah ditarikan dan kerana itulah tarian ini begitu popular sebagai tarian sosial . Joget juga dikenali sebagai joget lambak .

tarian joget .




TARIAN MASRI .
Masri merupakan tarian Melayu moden yang mempunyai pengaruh dari negara Timur Tengah dari segi pergerakkan , pakaian dan iringan muzik . Masri sering dipersembahkan oleh para penari perempuan. Adakalanya , para penari akan menari sambil memegang kerincing .

tarian masri .




TARIAN ZAPIN .

Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional . Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman . Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan . Peralatan-peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus , rebana , gendang , rebab dan marakas . Tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan , antaranya adalah : Tarian Zapin Arab , Tarian Zapin Johor , Tarian Zapin , Lenga , Tarian Zapin Pekan , Tarian Zapin Tenglu .

tarian zapin .


* video-video ini diambil dari youtube sebagai contoh tarian tersebut (:



Budaya Melayu Kita
3:52 AM
0 comments

Apa itu definasi budaya ? Budaya adalah akal budi manusia . Budaya itu amat penting kerana ia adalah seperti identiti . Tanpa budaya , kita orang melayu seperti kehilangan identiti . Budaya yang membuat kita unik . Tanpa tamadun , kita orang melayu tiadaapa-apa . Beberapa gari yang lepas , saya telah meninjau remaja-remaja sekarang mengenai persepsi mereka terhadap budaya melayu . Ramai yang memberi jawapan positif walaubagaimanapun ada daripada mereka yang memberi jawapan yang negatif . Ada juga daripada mereka yang enggan ditinjau setalah diberitahu tinjauan itu mengenai budaya melayu kita . Ini menunjukkan yang mereka tidak minat akan budaya melayu . Inilah masalah remaja melayu sekarang . Mereka terlalu terdedah dengan dunia media barat hingga budaya sendiri mereka lengahkan .



Ada daripada cara untuk memupuk minat kepada tamadun melayu dalam kalangan remaja melayu . Sekolah boleh memainkan peranan yang besar dan penting kerana murid-murid menghabiskan lebih masa di sekolah . Cara pertama sekolah dapat memainkan peranan adalah dengan menerapkan budaya dalam pengajaran , menganjurkan pertunjukan budaya , menyambut hari istimewa dan merancang dermawisata ke luar negara .



Dengan menerapkan budaya dalam pengajaran , remaja berpeluang untuk mengaji dan meninjau budaya dalam pengajaran bahasa . Cara seterusnya ialah permainan bahasa dan budaya dalam penhajaran bahasa . Contohnya adalah dengan bermain permainan tradisional , membuat tinjauan tentang persepsi remaja yang sebagaimana cikgu bahasa saya , Cikgu Zahara , telah mnyuruh seluruh kelas lakukan , membuat persembahan dan penerangan tentang cabang budaya melayu dalam kelas .



Selanjutnya , sekolah boleh menganjurkan persembahan atau pertunjukan budaya . Dalam pendapat saya , ini adalah cara yang amat bagus kerana para pelajar terlibat dalam membuat persembahan secara rasmi untuk mempamerkan budaya melayu kita . Gaya pakaian dan adab sopan santun para peserta juga ditonjolkan dalam persembahan itu . Pihak sekolah juga boleh mengundang kumpulan seni unutk membuat persembahan budaya seperti tarian atau silat . Saya rasa , sekolah juga bertanggungjawab atas rasa cinta terhadap budaya kita . Menyambuat hari-hari istimewa seperti Hari Kebangsaan Kaum , Hari Pertahanan Mutlak , Hari Kebangsaan adalah salah satu daripada caranya .



Dengan meyambut hari-hari istimewa , para pelajar dapat mempelajari mengenai tamadun rakan bangsa lin . Sambutan ini semua memastikan yang para pelajar memahami budaya mereka sendiri . Contohnya , untuk menyambut Hari Kementerian Kaum , peraduan permainan tradisional akan dianjurkn supaya pelajar Melayu lebih memahami permainan warisan bangsa mereka sendiri .



Berdamawista di luar negara memebri para pelajar peluang berinteraksi . Contoh , jika pelajar berdarmawisata di Melaka , mereka akan berinteraksi dengan orang Melayu Melak yang masih rapat dengan budaya mereka . Dengan cara ini , mereka juga dapat menimba ilmu mereka tentang budaya orang melayu . Misalnya , mereka dapat mempelajari cara membuat batik , membuat raga dan membuat kuih-muih .


Saturday, March 20, 2010 4:28 AM
0 comments

Hello !
haha . maaf ehk Arinah tidak dapat mengemaskinikan blog ni . Sibuk sangat-sangat dengan kerja rumah . Penat taw ! Baru jer balik dari KL . haha . KL jer ehkk ? Arinah memang ingin sungguh untuk ke Australia . Makcik Arinah tiggal kat sana taw ! Best seyh . Tetapi papa tak izinkan ke sana sebab dia takut naik kapal terbang . hahahha ! apa lahr Papa ni ;D
Hari Isnin ini sekolah akan buka semula . Waduhhh ! Macam tak puas hari cuti . haha ! apa lagi apabila banyak kerja rumah yang harus dihabiskan tetapi Arinah tetap harus melakukannya . takper , takper . Susah sekarang , Senang kemudian . Betol tak ? heh ! Oke , Arinah lapar laa . Nak makan . YUMMM ! heeh , byeee ! ;DD


Thursday, March 4, 2010 6:49 AM
0 comments

Helloooo manusia !